SK Sungai Puyu (SKSP)
bermula dengan sejarahnya sebelum tahun 1898 dengan adanya 2 buah sekolah yang
didirikan oleh penduduk tempatan. Pada tahun 1932 kerajaan telah membeli
sekeping tanah di Lot 889, Mukim 9 SPU, seluas 3 ekar 2 rod 38.4 pol di Kampung
Benggali. Pada tahun 1934, sebuah Sekolah separuh kekal dengan 4 bilik darjah
dan 2 buah rumah guru didirikan. Sekolah ini dibuka pada bulan Januari 1935.
Sekolah lama dijadikan Sekolah pertukangan (cap mengecap
kain).
Pertengahan tahun 1935,
bangunan Sekolah pertukangan dan rumah guru dipecahkan dan didirikan pula di
atas tanah lot no: 899 bersama-sama sebuah rumah guru. Individu yang
bertanggungjawab dalam hal ini ialah Tuan Guru Haji Hassan bin Haji Saad (Alor
Merah), Tuan Ahmad bin Arshad (Sungai Lokan), Tuan Haji Saad (Permatang Tok
Jaya), Tuan Puteh bin Karsa (Bagan Lalang), Tuan Andar Ali bin Hasan Ali
(Permatang Kuching), Tuan Babji bin Kurban Ali (Kampung Benggali) dan Tuan
Shafie bin Haji Md. Taib (Paya Terbakar).
Merekalah yang telah
mendesak kerajaan untuk mendirikan Sekolah ini dan akhirnya kerajaan pun
mendirikan sebuah Sekolah di atas Lot No. 54, Mukim 14. Setelah didirikan pada
tahun 1898 kerajaan telah mentadbir dengan memberi gaji kepada guru-guru, alatan
kerusi meja, buku-buku pelajaran dan sebagainya.
Keramaian biasanya
diadakan pada bulan Safar dan Guru Besar sering meminta kerjasama daripada ibu
bapa dan Pertubuhan Kelab Darul Muhibbah, Sungai
Puyu.
Pada masa pemerintahan
Jepun, bangunan Sekolah dan rumah guru ditutup kerana dijadikan stor menyimpan
senjata dan makanan.
Setelah Inggeris
memerintah semula Sekolah ini tidak dapat dibuka kerana bangunannya rosak dan
padang berkolam-kolam kerana dijadikan kubu-kubu pertahanan. Penduduk kampung
bergotong-royong membaiki semula bangunan Sekolah dan akhirnya pada 10 Disember
1945 sekolah ini dibuka semula.
Mengikut siasatan pada
tahun 1898 seramai 5 orang guru ditugaskan mengajar seramai 150 orang murid.
Pada tahun 1935 apabila bangunan Sekolah dipindah ke Kampung Benggali seramai 8
orang guru ditugaskan mengajar 150 orang murid.
Pada awal tahun 1967
sebuah lagi bangunan kekal didirikan di atas Lot 898, Mukim 9 yang mengandungi 4
bilik darjah, 1 bilik guru besar dan 4 buah bilik air. Bangunan ini dilengkapi
dengan bekalan elektrik dan dipagar. Guru ditambah menjadi 12 orang termasuk
seorang guru agam dan guru Bahasa Inggeris dengan bilangan murid seramai 369
orang termasuk 10 orang murid India.
Pada tahun 2002, dua buah
bangunan baru SKSP PBA 2025 dibina bagi menggantikan bangunan lama yang telah
dirobohkan. Bangunan ini dilengkapi dengan prasarana asas untuk keselesaan dan
kemudahan guru-guru dan murid-murid.
No comments:
Post a Comment